Kawan-kawan dunia akhirat ^_^

Masa Depan ^^

Saturday, 28 February 2015

Winter Trip to Korea : Day 1 (7/2/15)

Assalamu'alaikum w.b.t...



AMARAN : ENTRY INI AGAK PANJANG. ENJOY !


Sebenarnya nak menulis blog ni bukannya senang kan. Baru rasa. Sebab nya kita kene carik ayat yang best best untuk santapan pembaca. Yela, aku ni bukannya rajin sangat nak menaip blog ni. Update pon setahun sekali. Kah ! Aku kene jugak siapkan entry Winter Trip to Korea ni sebelum aku naik sem. Yela, dah naik nanti, kalau aku tak siapkan sekarang entry ni entah aku ingat ke dok apa yang aku buat kat Korea hari tu, entah-entah dah lupa yang aku pernah pergi Korea. Hahahaha. Sekarang aku ni mengalami short term memory lost. Eh, betul ke tu. Hentam jek la. 


Alkisahnya, Korea ni memang dah jadi destinasi impian aku dengan Ecah since Diploma Part 5 lagi. Sekarang dah nak masuk Degree Part 2 dah. Baru dapat pergi. Katanya, ni trip lepas Diploma. Dan berkat usaha Ecah memujuk kawan2 yang lain, Alhamdulillah dia berjaya memujuk lagi 2 orang nak pergi. Haa, giteww ! Asalnya, kami pergi berempat jek, tapi campur dengan dua orang yang kene pujuk tu jadi lah 6 orang. Semakin ramai ahli, semakin jimat la perbelanjaan guest house yang di sewa. Hypothesis accepted. Kah !


Okay, membebel jek banyak. Let's get started with the itinerary Day 1. 


Kitorang naik Flight Air Asia ke Korea lebih kurang dalam pukul 7 pagi berlepasnya. Perjalanan mengambil masa 6 ke 7 jam. So, kat dalam flight tu dah tido bangun balik, p buang air, tido lagi, bangun lagi, melantak, belajar Bahasa Korea (Ecah ajar) kat dalam flight, tapi tak sampai2 jugak. Excited punya pasal kan, rasa lama sangat masa tu berlalu. Buahahahha.Yang si 2 orang kene pujuk pergi tu (Nani dan Taty) lena jek aku tengok diorang tido. Lagi2 si Nani. Yela, tak tido satu malam. Paling cool mak Ikha dengan Ikha jek. Senyap jek, tak bising. Bukan macam aku dengan Ecah. Mentang2 flight tak penuh, memekak kemain. Pastu p perati pramugara pramugari sorang2. Usha2 mana yang cantik. Tapi pramugari masa tu, takde yang boleh lawan kecantikan aku jgak la. Kah! *perasan*


Selepas 6-7 jam dalam flight . . .


Kitorang pergi check immigration, ambik luggage, pastu p 7e beli T-money card and topup sekali. Haaa, meh sini nak habaq, T-money card tu function dia sebijik dengan card touch and go kat malaysia hokay adik2 akak2 semua. Lepas dah beli T-money, kitorang pon tggu la agent daripada Guest House kitorang tu untuk pick up kitorang berenam kat airport ni. Kitorang tunggu kat dalam airport tau. Airport dia tak sejuk sangat dan tak panas sangat, suam2 la gitew. Bila keluar jek, mangai, sejuk dia menggigit tulang uolls. Masa tu cuaca 5 degree celcius jek. Wuuu, jek tau. Hahahaha. Ohh haa, pasal guest house, kitorang sewa Town Guest House. Tempat takyah cite, mmg strategik gilakk, Guest House tu dekat dengan seoul station, just jalan kaki around 5 minit nak sampai ke seoul station dan dekat dengan Namdaemun, jalan kaki 10 minit dah sampai dah. Pastu, harga dia pon murah dan tuan punya guest house pon peramah, pastu pandai cakap bahasa inggeris, senang nak communicate, pastu lagi sedia membantu customer dia even tengah2 malam sekalipon. Susah la nak describe, guest house tu memang tiptop la gua ckp lu. Okay kalau sape2 nak melancong ke Korea, disarankan untuk sewa guest house dia tau, sebab kan dia baik sangat. Kawan aku siap mintak ajar bahasa Hangul lagi dengan dia, sebab kawan aku ni ambik bahasa ketiga korea. So, sambil menyelam minum air la. Ha, lagi satu Guest House dia ni dapat review paling the best kat Booking.com tau. Kalau nak contact number dia aku boleh bagi. Nak kenal2 dengan dia pon boleh. Hahahha. Nama dia Jay. Okay selesai pasal guest house.


Lepas dah sampai guest house, tukar baju, makan sikit2, dan kitorang pon bergerak ke Namdaemun. Kononnya nak pergi shopping la kan, tapi sampai2 jek Namdaemun tutup. Hahahahahaha. Okay takpe, kitorang jenjalan jelah kat sekitar Namdaemun tu, ada la kedai kedai yang bukak lagi. Mostly, orang2 Korea yang meniaga kat sana, pandai cakap bahasa melayu tau. Agak terperanjat jgak la kan. Tapi just bahasa melayu yang mudah untuk berjual beli jek. Kalau kau ngumpat diorang pon diorang tak faham pon. Kah ! Lepas dah letih berjalan dan badan pon dah keras macam ais (okay tipu) kitorang pon balik la ke guest house, rehat awal sebabnya esoknya nak berjalan lagi jauh. Memerlukan tenaga yang sangat banyak.


Okay pasal makanan plak, 80% kitorang bawak daripada Malaysia. Kitorang bawak nasi himpit, kari ayam Brahim, roti, sambal pelawas, hahahaha, sambal ikan bilis, serunding ayam, serunding daging, maggi dan jajan2. Banyak gila la makanan bawak dari Malaysia. Satu luggage hanya untuk makanan tau. Sila gelak sekarang. Hahahahha.


Okay dah la kot untuk entry 1st day ni. Kalau rajin lagi, entry day 2 akan menyusul 2 3 hari daripada sekarang, kalau tak rajin mungkin 2 3 bulan dari sekarang. Hahahhaha. So apa2 pertanyaan boleh la merujuk kepada saya ye. Sama ada nak komen kat bawah ni atau direct emel saya kat sharinahaikal@gmail.com. Saya sedia membantu backpackers2 yang nak melancong kat Korea tu. 





2 comments:

  1. diorg reti ckp melayu? chingcha? ahaha chingcha ke chincha? ahaha wtvlah kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. reti. tapi just a simple malay la. bahasa yang memudahkan jual beli.

      Delete