Kawan-kawan dunia akhirat ^_^

Masa Depan ^^

Monday 31 December 2012

Muhasabah diri

Assalamu'alaikum w.b.t...


Belog, belog, belog. Suka pulak aku update belog. Hari ini dah 31 disember. Hari terakhir pada tahun 2012. Esok dah 2013. Lusa, semua budak sekolah dah start sekolah. Aku pulak? Umur dah meningkat setahun, dah takde belas2 dah. Dah doploh dah. Dah lama dah aku hidup kat dunia ni. Tak sangka aku dah besar, rasa macam baru je lahir semalam. Hahaha :D Over pulak, umur dah doploh, feeling baru lahir semalam pulak. Hahahahahaha :D




Bila tibanya tahun baru, masing-masing sebok nak tukar azam baru. Tapi kebanyakan di antara kita selalu terlupa untuk muhasabah semula apa yang kita dah pernah buat sebelum-sebelum ni. Tetiba terdetik nak update pasal mendalah ni. Rasa bahu belah kiri ni dah berat sangat berbanding kanan. Haha :D Faham2 lahhh. Seperti yang dikatakan oleh Umar Al-Khattab:

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbang untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini."



Muhasabah adalah mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi penghalang untuk mendapat keredhaan Allah Ta'ala. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :

"Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan yang banyak." (Riwayat Al-Tarmizi)

Kelebihan bermuhasabah :

  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu kekurangan itu dapatlah diperbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggalkan semua kesalahan yang dah lepas.
  3. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di akhirat kelak.




Telah bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan ianya boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:
  1. Akal boleh hilang disebabkan marah
  2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
  3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
  4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."
Berkata  As-Sayyid Ahmad Ar-Rifaie :

"Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa bersama Allah Ta'ala." (Kitab: Al-Burhan Al-Muayyad)





Maka, dikesempatan ini, penulis menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan seterusnya kepada semua paembaca-pembaca yang diredhai Allah sekalian, agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari semasa ke semasa agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita lebih-lebih lagi dalam mengerjakan ibadah kepada Allah. Cehhh, ayat macam ayat pengetua sekolah aku berucap lak. Hahaha :D



p/s : Selamat bersekolah kepada semua yang masih bersekolah :) Pada candidate SPM 2013, do the best, make sure straight A dalam genggaman. Hee :) Pada budak Form 4 pulak, jangan berhoney moon sangat tahun ni, prepare untuk SPM tahun 2014 nanti.




Semoga hari ini lebih baik daripada yang sebelum2 ni.
Setiap hari adalah the new chapter in our life,
Mulakan dengan Bismillah, sudahi dengan Alhamdulillah.
Wallahu'alam. Assalamu'alaikum :)

Thursday 27 December 2012

Annisa Alwasi My Little Cuzie

Assalamu'alaikum w.b.t..


Rajin aku update belog sekarang ni. Tengah cuti kan, lepas ni belog ni pasti bersawang ditinggalkan sebab busy belajar. Haha :D Ye ke? Entah2 semakin rajin aku menghupdatekan bendalah ni. Okay, back to my title. Tetiba je rasa nak hupdate pasal budak sengal ni. Malam ni aku tak tido lagi. Tapi malam ni berbeza daripada malam yang sebelum ni, sebab malam ni Nisa teman aku. Dia pon tak tidur jugak. Haha :D Kami tikus besar dalam rumah ni, sebab setiap malam je, kami akan menyelongkar dapur, mencari benda yang boleh di makan. Sebab tu kalau kat johor berat aku mesti bertambah. Hahaha :D


Nisa ni sepupu aku merangkap kawan baik tempat meluah, tempat melepaskan geram, tempat susah, tempat senang and macam-macam lah. Sayang dia, tapi kengkadang geram jugak dengan dia ni, sebab dia ni lampi, macam terencat pun ada jugak. Nisa ni cepat terpengaruh. Hope dia selalu dapat kawan yang baik-baik. 


Us :) Yang suka merapuh entah hape2.


Kami suka fikir benda yang tak pernah berlaku. Means masa depan lahh. Kami bila dah jumpa memang sangat gila, sampaikan mak dia pun penat nak cakap dah. Biar jelah. Kalau keluar pagi balik mesti malam. Hahaha :D Today nak bawak dia pergi makan, sebab dah janji kat dia untuk result PMR dia. She got 5A3B. Okay lahh :) I'm proud of you. Kami mempunyai banyak citarasa yang sama, suka makan telur, tak suka makan sayur, tak suka makan bawang, dan macam2 lagi lah. Kalau dengan Nisa ni mesti nak makan je. Budak ni tahun ni dah Form 4, tapi badan kecik sangat. Macam tak percaya je dia dah Form 4. Dulu masa aku datang Johor dia baru darjah 5, sekarang dah form 4. Wahhh, cepat je masa berlalu kan.


p/s : Annisa gilak, aku sayang kau bongok. Aku tahu kau pon sayang aku kan. Kembang letew. Buweksss :p Belajar rajin2, make your mom proud of you. Buktikan walaupun kau ni sengal2 tapi kau boleh buat. I know u can do it. Don't never give up. :)




Walaupun hanya cousin,
tapi kami rapat macam adik-beradik.
Sekadar nak berkongsi.
Bye. Wassalam :D

Tuesday 25 December 2012

S A B A R

Assalamu'alaikum w.b.t...


Tajuk entry kali ni S A B A R. Sabar menurut Islam bermaksud tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi oleh manusia serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak pernah mengenal putus asa. Konteks sabar ni sangat besar, ia boleh jadi, sabar dalam beribadah kepada Allah, sabar dalam menempuh ujian hidup yang diberikan Allah kepada kita, sabar dalam menanti siapa jodoh kita, haha :D Mesti semua pernah merasa tertanya siapa yang bakal menjadi suami/isteri kepada kita kelak? Yang bakal memimpin kita(bagi si isteri) nanti? Yang bakal menjadi ketua keluarga(bagi si isteri) kita nanti? Semua tu adalah rahsia Allah. Mengungkap perkataan sabar di bibir terlalu mudah untuk dilakukan berbanding melakukannya secara zahir.






Menanti jodoh yang tak pasti. Pada usia remaja, mesti korang pernah bercinta kan? Dan masa tu, belom kahwin lagi dah guna title 'mama papa', 'bie sayang', 'baby girl baby boy', 'gegurl boboy', 'daddy mummy', huhhh macam2 budak sekarang ni kan. Haha, masa tu korang mesti ingat dia lah jodoh korang, dia lah yang akan jadi mak/ayah kepada anak2 korang, n macam2 lahh. Masa bercinta kalah suami isteri, bila dah putus ada lah yang terasa diri tak berharga dan bunuh diri. Remaja sekarang pemikiran sungguh cetek.


Ya betul, jodoh memang di tangan Allah. Tapi Allah tidak pernah menyuruh kita untuk berdiam diri dan hanya mengharapkan qada' dan qadarnya. Allah menyuruh kita untuk mencari, dan bila dah jumpa, kalau rasa dia yang terbaik untuk kita, berdoa lah. Mintak dijodohkan dengan dia. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Mengetahui. Kekuatan doa ialah, ianya boleh merubah takdir dengan izinNya. 


InsyaAllah, berkat kesabaran kita selama ini akan membuahkan hasil yang lumayan kelak, sama ada di dunia mahupun akhirat nanti :) Ini dapat dihayati dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

"Hai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan lah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung". (QS Ali Imran: 200)



p/s :  Selagi boleh bersabar teruskan bersabar. Jangan ikutkan hati, nanti merana. Kalau kecewa, set kat mind kita yang Allah ada sediakan yang terbaik untuk kita. Sentiasa bersangka baik terhadap Allah :)




Peringatan kepada semua dan diri sendiri.
Semoga entry ini dapat membantu :D
Maaf jika ada yang terkurang,
manusia tidak lari drpd melakukan kesalahan :D
Sekian, Wassalam :)




Friday 28 September 2012

FINAL EXAM

Assalamu'alaikum WBT


Hai semua. Malas sebenarnya nak update blog, tapi terasa nak meluah sesuatu. Tak tahu nak luah kat sape, so, the conclusion is update blog. Tengok tajuk entry mesti ingat tensi sebab study kan? Sebenarnya tak. Tensi study tu ada lah jugak. Tapi itu bukan motif sebenar tajuk entry ni.


Setiap kali nak final exam mesti ada je problem yang melanda aku. Dah lah aku ni bukan jenis yang tak fikir perasaan orang. Walaupun aku ni ego, tapi dalam ati aku ni, aku still fikir perasaan orang yang aku sakiti, perasaan aku yang pernah terasa dengan someone or whatsoever lahh (TM abu tapi skg jadi TM aku dah). Setiap kali nak dekat final exam, hati aku mesti resah. Sebab tu kot ujian kesihatan hari tu anzieti aku sangat teruk. HAHAHA :D Aku tak tahu kenapa perasaan aku resah masa nak dekat exam. Maybe sebab tensi sangat dengan study kot. Atau maybe dah jadi kebiasaan setiap sem aku mesti gaduh dan kemuncaknya masa final exam. HAHA

Mesti korang pelik kan, kenapa setiap sem aku gaduh? Gaduh kat sini means bukan gaduh yang tumbuk sampai berdarah2 tu. Tak, tapi tunjuk ego masing2.
Meh aku cite masa aku gaduh dari sem 1.

SEMESTER SATU

Sem ni gaduh sebab salah faham dalam perhubungan (couple). Aku gaduh dengan dia dan aku buat keputusan terburu2 tanpa pikir perasaan dia. Aku nak putus dengan dia, sebab dia tak faham aku dan terlalu memaksa aku. Tapi sebenarnya aku nak dia pujuk aku, tapi dia cakap kalau aku nak sangat putus dia redha. Masa tu aku sangat2 kecewa sebab aku rasa dia macam lepaskan aku macam tu je, rasa macam tak dihargai.  Dan panjang lagi sebenarnya cite ni, tapi aku pendekkan jelah ye. Kesan aku meroyan ni, pointer aku sem ni tak berapa nak best.

SEMESTER DUA

Sem ni pulak salah paham jugak. Tapi dengan kawan. Citenya panjang, aku rajin nak cite tapi aku malas nak taip hikhikhik.. So, aku pendekkan jelah. Gaduh dengan housemate sepanjang final exam. Satu rumah tapi masing2 anggap macam tak wujud. Housemate tu bukan calang2 housemate. Roomate sem 1, classmate sem 2, kawan first kat UiTM, kawan lepak, kawan study, kawan kongsi cite and macam2 lah, tapi jadi macam ni. Sedih gila masa sem ni Tuhan je yang tahu. Masa sem ni boleh dikatakan setiap hari aku nangis. Malu jugak lah sebab kak mina dengan kak suha nampak. Tapi, aku tak tahan mesti nak nagis jugak dan aku nekad nak tukar class. Kesannya pointer sem 2 jatuh menjunam dn aku repeat bio. HAHA :D

Dua2 sem bagi kesan kat pointer aku. So, aku tak nak sem 3 ni ada lagi benda yang tak puas hati. Sebab aku nak naikkan CGPA aku yang dah teruk tu. Tapi aku still rasa ada bnda yang tak kena sekarang ni. Hati aku tak sedap. Aku rasa lain sangat. That's why aku balik bilik aku, sebab tak nak makin teruk. Aku perasan, dia dah tak keluar bilik, jarang saangat dah masuk bilik kak suha, sebab aku ada kot, dia study dengan classmate dia(yang ni aku tak terasa sangat) tapi nampak sangat dia marah kat aku. Aku just think positive jelah, sebab takut benda ni makin rumit. Yang penting aku dah mintak maaf kat dia. (memaafkan mmg tak dapat mengubah masa lalu, tapi insyaAllah dapat membantu kita pada masa depan). Kalau dia still nak macam tu, tak pelah aku cuba untuk tak kesah. Jangan aku nekad tukar class sem depan sudah. Aku ni bukan boleh percaya sangat pun. HAHAHA Whatever it is aku nak dorang happy je sebenarnya. Kalau aku tukar class boleh buat dorang happy, senang, tak rimas, aku buat lah.

P/S : Aku mintak maaf kalau korang tak suka aku tulis kat blog. Korang tahu kan aku tak akan sedap hati selagi aku tak luahkan semuanya. Aku mintak maaf k. Pape pun gudluck FINAL EXAM.


Luahan semester tiga,
WASSALAM.

Saturday 8 September 2012

Dendam yang Tak Sudah

Assalamu'alaikum..

Dah lama tak update blog. Tadi ingat nak update pasal kengkawan, tapi bila terbaca shoutbox kat tepi blog ni, rasa darah menyirap sangat. Sumpah aku sangat marah. 




Still tak puas hati lagi ke kawan-kawanku? Sharina di shoutbox tu bukan aku. Takkan aku nak memalukan diri aku pulak kan. Sumpah orang ni sangat kurang ajar. Haihh, hackers2 sekalian jangan lah berdendam ye. Tak baik tau. Aku kan dah mintak maaf.


" Balasan perbuatan jahat adalah kejahatan yang seimbang dengannya. barangsiapa yang memaafkan dan berlaku damai , pahalanya ada ditangan Allah" (Q.S 42;40)
" Memaafkan itu lebih mendekatkan kepada taqwa. " (QS. 2 ; 237)
" maafkanlah mereka dan mintakanlah ampunan bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam segala urusan (keduniaan). " (QS 3 ; 159)
" Ambillah jalan maaf, dan ajaklah dengan cara yang lemah lembut dan berpalinglah dari orang  orang yang jahil." (QS. 7 ; 199)


Apa-apa pun,
semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu wahai hackers.
Wassalam.

Wednesday 15 August 2012

Selamat Hari Raya :)

Assalamua'alaikum ..

Tidak lama lagi Ramadhan akan berlalu pergi, semua manusia sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk raya kelak. Adakah anda sudah bersedia untuk meninggalkan Ramadhan tahun ini? Semoga amalan kita pada Ramadhan kali ini diterima Allah dan semoga kita semua bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah :D

Okay, xnak cakap banyak, pada 15th/august/2012 ni, saya SHARINA BINTI SHAHRI (add facebook saya) :P ingin meminta maaf kepada semua yang pernah saya sakiti, terutama Aishah Malek merangkap classmate saya, housemate saya kerana pada tahun ini dia banyak xpuas hati dengan saya. Maafkan aku Aishah. 

Selain itu, Farahiyah Najah a.k.a JAJA, sbb masalah aku dia dihina2 di laman sosial. Sorry jaja libatkan kau dalam hal ni. Semua ini aku tak rancang. Mintak maaf jugak kepada Mira, Kak Minah, Kak Suha, Zarith, n Eda (semuanya housemate saya sem ni) kalau2 ada terkasar bahasa, terkasar perbuatan, maaf ye :(

Kepada budak2 kelas ST, maya, aqila, kirinn, mira, dharwina, atiqah, faizah rahman, fatimah, mani, waznah, subha, vishanti, vijaya, thenmoli, kharthik, siva, rash, chiep, mail, fitri, acap, az, fatini, izati ada x nama sape2 yg x di sebut? lupe maaf. Aku nak mintak maaf k, ampunkan salah silap aku, halalkan semua ilmu yang korang bagi kat aku, kosong2 k :) Last but not least, SALINA, aku mintak maaf k, sbb buat kau terasa masa nak dekat spm hari tu, sumpah aku xde niat nak kecikkan hati kau, n aku xtahu pon kau terasa dengan aku sbb aku rapat dgn qila, aku mintak maaf k Salina, aku sayang kau sgt, jgn lahh lost contact dengan aku lagi :')

Kepada yang aku xsebut nama tu sori k, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maaf zahir n batin k semua :) Kosong-kosong 0

p/s : kepada yang memandu nak balik kampung tu, pandu cermat jiwa selamat k semua. Ingatlah orang yang tersayang :D


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Wassalam :)

Sunday 12 August 2012

Peribahasa Melayu

Assalamu'alaikum..


Entry kita hari ni pasal Peribahasa Melayu.. Jom kita belajar sama-sama. Peribahasa pertama : TALAM DUA MUKA. Contoh :

W : Awak, saya sayang awak, tapi xboleh lebih-lebih (cakap kat S)
W : Saya tak penah pun cakap yang saya suka S tu. (cakap kat J)
W : S tu yang suka kat saya. Saya xpenah pun suka kat dia. (cakap kat A)

Faham tak conversation kat atas tu? Maknanya kat sini, S tu dianiaya dengan si W. Macam ni lahh contoh orang yang talam dua muka. Dengan orang tu cakap lain, dengan orang ni cakap lain.

Kita teruskan dengan peribahasa kedua : BAGAI KETAM MENGAJAK ANAKNYA BERJALAN LURUS. Contoh :

Situasi dimana si S dimalukan di laman sosial. 

W : Kalau dia buat pun, xbaik kan kita balas balik. (cakap kat S)

Kemudian dengan tiba-tiba si W marah dengan si S ni, lalu berdendam.

W : Aku akan buat apa je untuk hancurkan dia(S)

Bukan kah sebelum ni, si W tu pernah cakap kat S jangan balas balik, tapi dia pula yang nak balas balik apa yang si S dah buat kat dia. Cakap tak serupa bikin namanya. Orang macam ni DOBO namanya.

Cukup dua peribahasa untuk hari ini. Kita sambung lagi di entry yang akan datang. 

p/s : Cerita di atas tiada kena mengena dengan yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. #Random k. Sesapa yang terasa cepat-cepat lahh bertaubat, buang sikap tu dalam diri kita ya. Semoga Allah meredhai kita semua. Amin~~~  


Nasihat untuk diri saya dan semua :)
Wassalam..


Thursday 9 August 2012

Nak judge me? Silakan...


 Disebalik senyuman ni, terselit beribu masalah :D *tp still nak senyum*


Aku malas nak bajet baik. Aku ni bukan manusia yang sempurna. Pernah jadi jahil jugak. Dan bila sampai sini aku berusaha untuk mencuba jadi macam orang yang kat sini, pakai tudung, pakai baju longgar2, solat, puasa dengan sempurna dan mcm2 lagi.

Aku tak pernah lagi gaduh pasal lelaki yang macam SI** . Ingatkan budak2 sabah je perangai mcm tu, rupanya lelaki kat sini lagi teruk. Sweet talker. Heyh, xhamak lahh dengan kau. Lelaki semua sama je.



Aku tahu siapa aku,
Sesapa nak judge aku silakan.
Korang xkenal siapa aku sebenarnya.
Manusia hanya tahu menilai dari sudut luaran sahaja.
Wassalam :)

15 Ramadhan - Shopping

Assalamu'alaikum..

 Salam Ramadhan semua. Entry ni dah lama sebenarnya aku nak post tapi, disebabkan takde USB aku xdapat lah nak update entry ni, sbb gmbar semua dalam memory phone. So, skrg aku mau pulun habis2 buat ini entry(fully sabahan) :) Tahun ni, korang raya katne? Mostly mesti raya kat kampung halaman kan? Tahun ni aku raya Sabah. Bestnye, yelah dah lama xbalik Sabah kan. Ok, skg nak cite pasal entry kita kali ni SHOPPING ... :D

Aku g shopping bersama2 makcik dan my little cuzie ..

Ni lahh kitorang. Bertiga je. Yang tgah tu lahh Joy, my lovely auntie. Yang belah kiri Wawa, my little cuzie. Jap2 nak promote sorang2 dulu :P Jangan jeles :D





Ni joy. Nak promote jap. Dia ni makcik aku. Adik mak aku yang second last. Nama sebenar Suraya panggil Joy sebab dia ni Joyah, banyak cakap. :D Umur 24 tahun. Dah tua dah tapi tak kahwin lagi. Aku panggil dia makcik kekadang je masa aku nak mintak duit or mintak dia belanja baru aku panggil dia makcik. Ambik hati dia dulu. hahahahaha :D




Ni plak my cuzie, nama dia Nursyahwati panggil WAWA. :P cantikkan  cousin aku. Aku ada, kau ada ? :P Dia ni belom berpunya sape nak ? hikhikhik :D Dia stdy kat UTMKL amik civil engineering. Dia ni pandai :)


Ni aku. Sharina, just call me Ina or Sha.


Okay masa promote dah habis, skg masa untuk cerita perjalanan kitorang hari ini. Kitorang g Sunway Pyramid pkul 1.30 pm until 10.30 pm. Kalau dah shopping mmg x ingat dunia dah kan. Haha :D 

First, kitorang shopping kasut wawa ni, sbb dia dah penat pakai heel. Tulah gedik sangat nak pkai heel(padan mukamu) :P Nak cari kedai Nose bukan main payah lahh, g jelajah 1 Sunway tu. Kedai2 kat sana macam tak tersusun lahh. Serabut pala otak cari kedai2 kat sana. G Nose nak beli kasut Wawa jew, lepas beli terus pakai. Kesian kaki dia dah lenguh pakai heel ea.. Then, kitorang g kedai Charles & Keith tu sbb nak g beli kasut Joy pulak :) Kasut dia paling mahal, mentang2 dia bos. Kasut dia je RM129. Pehhh, mahal la siak. Kasut wawa RM35 after sale, aku RM40 after sale. Lpas beli kasut Joy, beli kasut aku plak kat VINCCI. Nak cari kedai Padini bukan main payah lagi hah. Padahal kedai tu dekat2 dgn Nose je. Kitorang g round GF2 tu smpai jumpe. Aduh, sangat penat masa tu. Sunway tu bukannya kecik. Dalam masa kitorang tgah cari2 kdai tu kitorang ada snap pic. Ni antara pic yg di ambil.

Tingginye dia :)

Sharina vs Nursyahwati

Tingginye aku :)

Fullhouse :D

Alololo, shweetnyewww :)

muke2 yang penat :(


Dah ni je yang mampu upload. Cukup lahh ye. Jumpa kedai Padini pon dh pukul 5pm, mmg senak gile org kat sana. Ramai gile2. Sbb sale up to 50%. Mmg murah gile2. Sumpah murah gile.

kasut aku :)

kasut Joy :)


Lepas beli kasut aku, kitorang g buka puasa. Semua kedai makan dah reserved. Sedih je :( kitorang makan jelahh kat J.CO 

buka ni je ..

Tak beli banyak2, sbb nak buka kat tempat lain. Tunggu punye tunggu org tu x call kitorg pon. Stay kat J.CO smpai pkul 8.30pm, tunggu call pnye pasal lahh, last2 keluar je terus. Then, ternmpk Garden try lahh tnye mknan ada lagi ke x? haha, sedih je tnye mcm tu, mcm kanak2 terbiar dah. Orang tu cakap buffet dah habis, so kitorg beli makanan yg order je lahh. 


survey2 menu kat garden :)

beef bolognese, nyumnyum :)


salted egg fried rice n kiwi vs mango :)


mushroom soup :)

salmon :)

total :O

Selesai makan kitorang pon balik lahh. Penat sangat2 masa ni. Tapi best lahh. Sbb sikit pon xkeluar duit. Bos besar belanja hikhikhik :D Sebelum balik sempat lagi amik gambar :)

byebye sunway :P

ini org sdh pening kepala duit sdh habis :P 




Sekadar nak berkongsi cerita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin semua :D
Wassalam...










Monday 30 July 2012

KITA SEMUA PERLU TAHU !!!

Assalamu'alaikum..

LELAKI PERLU INGAT :




Jangan permainkan perasaan perempuan ye wahai lelaki-lelaki kat luar sana :) Kerana wanita diangkat darjatnya oleh ALLAH SWT. Allah mengira setiap titis airmata yang keluar dari mata seorang perempuan. 



Wahai manusia, jangan lah kamu terlalu memilih pasangan yang sangat sempurna dimatamu, kerana Allah amat mengetahui apa yang sesuai bagi hambaNya. Wallahu'alam :)




Dunia adalah di mana tempat kita untuk mencari bekalan untuk di bawa ke akhirat nanti. So, biar terasa PEDAS di dunia agar selamat panasnya API NERAKA. Biar orang perli kita, jangan kita balas balik, sebab sifat berdendam tu adalah BERDOSA.



Semua manusia pasti pernah merasa JATUH CINTA kan ?? Cinta itu adalah fitrah. So, sangat mustahil lah kalau kita tak pernah merasa cinta kat orang lain kan. Aku pun pernah rasa cinta, tapi semuanya cinta duniawi semata. Cinta yang palsu. Kita sekarang mentakrifkan cinta hanyalah sebagai pasangan yang tidak halal antara lelaki dan perempuan yakni COUPLE. 'Indahnya bercinta selepas halal' #UNIC.


Sekadar untuk berkongsi,
Peringatan untuk semua dan diri sendiri.
Wallahu'alam. Assalamu'alaikum.


Sukan Olimpik

Assalamu'alaikum ..

Salam Ramadhan semua. Hari ini kite dah berpuasa selama 10 hari kan kan kan ? Ade x yang xckup 10 hari ? hikhikhik :D mesti ada kan, especially pompan (ABC). hahahaha :D 

Okay malam ni aku nak cite pasal Sukan Olimpik. Mesti ramai yang tengok Pembukaan Sukan Olimpik mase 28 julai hari tu kan? Best x? Best kan. Unik je. Kreatif kan dorg buat mcm tu. Tahu tak disebalik pembukaan tu, ada penghinaan yang tersirat terhadap umat Islam. Japjap, sebelum tu tengok gambar kat bawah ni dulu.




Comel kan gambar yang kat atas tu, macam gambar baby. Memang baby pon :D Tahu x cerita di sebalik gambar ini. Haaaa, mesti nak tahu kan :) Jom kita cerita.

Gambar yang atas : Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.

Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu'alam.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.


Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu'alaikum.







Saturday 28 July 2012

Merinduimu

Assalamu'alaikum
Saya blogger baru. Follow saya bagi yang nak follow, bg yang xnak follow xpe. Hari ni aku nak buat entry aku yang first. Tajuk MERINDUIMU. Mesti korang semua ingat rindu kat pakwe kan? Maaf lahh aku xde pakwe lagi. Aku xlaku mcm korang semua.. Hikhikhik :D

Sebenarnya aku rindu kat family aku kat sabah. Korang mesti xtahu yang aku ni asal Sabah kan. Aku asal sabah. Mak ayah aku org sabah. Tapi aku dah lama tinggal semenanjung. Korang nak tahu x knpe aku pindah semenanjung? Nak tahu kena lahh tunggu entry seterusnya. JengJengJeng.. Hikhikhik :D

Yang aku paling rindu mak aku. Rindu dia sangat. 


Ni lahh mak aku. yang belah kanan tu mak aku. Belah kiri tu kawan dia. Nama mak aku FARHAN BIN JAMAHALI. nak promote jap. hahaha :D

Second adik aku yang dua orang tu. Nak kata kembar, xkembar pon. Tapi dorg berdua ni macam kawan baik. Sayang dorg berdua.


Yang kakak kat belakang, nama dia SITI NURHIDAYAH , yang adik yang kecik tu, nama dia SITI NURFATIHAH. Tgok nama pon dua2 ada siti dan nur. Aku xde. Sebab aku special case, adik beradik pompan aku yang paling cantik, that's why xde siti. hahahaha :D

Orang yang ketiga yang aku rindu sangat, adik aku yang sangat manja.

 Gambar mcm nak bagi kaki je kan. hahaha :D Ni adik aku yang ke 6. Nama dia pon ada siti jugak. SITI WARDAH. Umur dia sekarang 3tahun. Dah besar dah dia kan. Aku jumpe dia last mase umur dia baru setahun lebih. xpandai cakap lagi. Sekarang ni, asal aku call mak aku je mesti dia nak cakap. Ngengade. :P

Ada lagi sorg adik aku yang aku sangat2 nak jumpe. Tak pernah jumpe lagi. Sebab masa dia lahir aku xde kat sabah. Umur dia sekarang baru nak masuk 4 bulan. Baby lagi. Malangnye aku xde gambar dia. Macam mana agaknye muka dia ye. Cantik mcm aku x? haha. Mesti cantik sebab nama dia xde siti. Nama dia RAUDHAH je. Simple like me. 

Adik aku sebenarnye ada 7 org. Aku anak pertama. So, adik beradik aku semuanya 8 org. Adik aku yang lelaki, aku xrindu sangat, kecuali adik bawah aku. Umur 18 tahun. Belajar kat Politeknik Kota Melaka. Nama dia MOHD ASRIH. Ni orangnye.


Ni je gambar dia yang aku ada. Ramai orang cakap dia ni hensem. Hensem ke? Seriously aku cakap, xhensem langsung. haha :D dia ni dah berpunya ke belom aku pon xtahu. Tapi dia ada crush. Dia ni nak kata playboy, tak. Sebab dia xsuka layan pompan. Bila dah suka tu, dia akan suka dgn pompan tu je, unless pompan tu xsuke dia or xlayan dia, nnt dia cuba lahh lupakan. Hahaha.. Aku sayang dia sangat. Dia ni lahh yang paling rapat dengan aku. 

Adik aku yang second nama dia AL-SAHID, umur dia 13 tahun, form 1. Yang third MOHAMED NADZMI,  umur dia ni plak 10tahun, darjah 4. Besar dah dorang kan. Pelik2 kan nama kitorang. hahaaha ..Yang dua orang ni aku xde gambar dorg. Klu dorg tahu, mesti dorg kecik hati sbb aku xletak gmbar dorg. Maaf la ye adik2 ku.

Okay lah, That's all for this entry. Saja nak berkongsi. Bila dah update entry ni, terubat pulak rasa rindu dengan dorang semua. Miss them all. I LOVE YOU ALL.. 


Family adalah segalanya bagi aku.
Sayang lahh family anda selagi masih hidup.
Bye, Assalamu'alaikum :)