Kawan-kawan dunia akhirat ^_^

Masa Depan ^^

Sunday 8 September 2013

#Motivation #Myself

Assalamu'alaikum w.b.t...



Ehem ehem. Heyhhh, lama sangat tak hupdate blog. Berhabuk dah. Busy sangat dengan semester 5 aku ni. Yeahh, sape yang ambil Diploma in Science mesti tahu betapa sengsaranya semester 5 ni. The hectic semester you know. Okayy, back to title. Malas nak cite pasal semester 5. Kalau cerita memang takde ending lah kan. Alamaksss, terover plak! Alaaa, dalam menulis blog ni kene lah ada hyperbola sikit. Macam komsas. Ehh?? Okayy. Lets pictures tell everything. Enjoy !


















The most important thing is smile. :)






Biar rambut tersekat di skala 6,
Jangan rambut tersekat di neraka jahanam.
#Motivate #TakeNote
xoxo


Thursday 13 June 2013

Ahlan wasahlan semester baru ! ! !

Assalamu'alaikum w.b.t...


Lama tak update blog. Busy kan. Well, semenjak jadi wanita bekerjaya ni, busy memanjang lah. Okay2 back to our tittle. Semester baru sudah bermula. Semakin hari semakin tua. Hahahaha. Hope semester ni berjalan dengan lancar. Projek2 semua siap dengan jayanya. Semester ni agak busy dan kelam kabut lahhh. Dengan projeknya lagi, puasa, rayanya lagi. Wohhh, cakap pasal raya, raya tahun ni aku balik sabah. Tiket awal gile nak matik. 30 july kau. Cuti raya seminggu, aku cuti sampai dua minggu. Hahahaha. Apa pun seminggu ni aku tak pergi kelas. Lek ahhh beb, dah senior kot. Senior kepala hotak kau. Yeahhh, gua dah part 5. Sem depan last semester. Wahhh, dah grade dah aku tak lama lagi. Sheronoxnyewwww. Okay, lepas tu pikir pasal degree plak *okay matiiiiii.


Belajar lagi. Bila lah nak kahwin. Lols :D


Nahhh, jadual kelas sem ni. :D





Study hard, study smart,
Don't jahat2, this is my nasihat.
xoxo ! Wassalam alls :D

Thursday 11 April 2013

Alhamdulillah

Assalamu'alaikum w.b.t...


Syukur. Syukur. Syukur. Alhamdulillah semester 4 dah selesai. Harap takde repeat paper untuk sem 4 ni. Paper semester ni semua *kertas putih kecuali bio n csc, soalan semua direct. Alhamdulillah dapat menjawab dengan jayanya. Harap result seperti yang di terget. InsyaAllah. 


Sekarang masa untuk packing barang. Jum belah dari pilah ni. 2 bulan lagi kita jumpa ya Kuala Pilah bersama junior2 baru. Hati senang dapat balik sabah cuti ni. Wehoooo. Cuti panjangggggggg. Suka. Suka. Sukaaaaaa. 

*kertas putih means senang but takde senang sangat pon. Nipu je. Kalau kertas kuning student paling takut. Katanya kertas kuning susah. But bagi aku kalau tak belajar memang lah susah. That's all !



Cuti baru start bro.
xoxo, publish !
Bye. Assalamu'alaikum.




Wednesday 20 March 2013

Debaran semakin terasa ^_^

Assalamu'alaikum w.b.t...



Jadual Final Exam


Minggu depan dah final exam. Tapi nasib baik paper lambat lagi. Boleh santai2 dulu. But takleh nak santai sangat. Sebab first and second paper adalah paper yang sangat berat bagi aku, sebab subjek membaca. Aku paling anti subjek membaca ni, since sekolah rendah. Wahahaha. *evil laugh* (buruk perangai)


Esok SPM's result keluar. Tak sabar nak tahu result adik Wan untuk subjek math. Hopefully, dia dapat based on effort dia on that subjek. Akak dah tolong apa yang termampu. Okay, best of luck jugak untuk cousin aku yang baru balik daripada PLKN. Good luck Nurharyatie. 


Result Ujian pertama dah keluar. Dan aku sangat geram dengan lagi sorang sepupu aku yang form 4 tu. Kimia dan Physics boleh gagal. Dan addmath lagi tinggi daripada math mode. Nampak sangat dia lebihkan addmath. Hishhhh. Geram jeeee. Whatever it is wish you good luck on your next exam. I put a high expectation on you. Please score subjek kimia, math and addmath. Yang lain pun. Please do your best ANNISA. I know you can do it. Just tambahkan sikit kerajinan tu. InsyaAllah kau boleh bet budak SBP.


P/S : Okay, untuk aku pulak, esok nak quiz Statistics. t-distribution, Z-distribution, Normal distribution, ANOVA I love you. Please be nice to me. Good luck for my friends for their 1st paper next week on wednesday. Bio plak tu. Hahahha. Bittaufiq wannajah alls.







Dean List for this semester.
InsyaAllah, I will.
Assalamu'alaikum.










Thursday 7 March 2013

Speechless !

Assalamu'alaikum w.b.t...


I don't know how to describe it. Just take a look at this photo.

Kuala Lumpur - Kota Kinabalu


Kota Kinabalu - Sandakan


Sandakan - Kuala Lumpur



P/S : Walaupun sekarang sabah tengah berantakan, perang-perang, tapi aku tetap rasa gembira dan tak sabar nak balik. Seronok nak mampos. Seriously. 



I am what I am,
If u don't like me, turn your head,
and walk away.
Peace :D Assalamualaikum :)



Monday 11 February 2013

#Wordless#

Assalamu'alaikum w.b.t...


Kadang-kadang aku kuat, kadang-kadang aku lemah, kadang-kadang aku di atas, kadang-kadang aku di bawah, kadang-kadang aku menang, kadang-kadang aku kalah, kadang-kadang aku gembira, kadang-kadang aku sedih, kadang-kadang aku cepat menyerah kalah, kadang-kadang aku tak nak mengalah, kadang-kadang aku baik, kadang-kadang aku jahat, kadang-kadang aku dengar cakap, kadang-kadang aku keras kepala. 


Kadang-kadang kita lupa yang manusia punya hati,kadang-kadang kita lupa yang manusia mudah disakiti, kadang-kadang kita lupa yang luka manusia sukar diubati. Kerana kadang-kadang inilah yang menyebabkan kita suka menyakiti, kita suka menindasi, kita alpa dengan perkara yang hakiki, kita alpa dengan percaturan yang Allah bagi.


Kadang-kadang kita rasa berada di tempat yang sebetulnya, kadang-kadang kita sudah cuba yang terbaik untuk semuanya, kadang-kadang kita rasa yang kita lebih tahu segalanya. Kerana kadang-kadang inilah yang menyebabkan kita menutup peluang orang lain berbicara, kita menyekat telinga kita untuk mendengar penjelasan yang sebenarnya, kita menghalang minda kita untuk berfikir perkara yang baik tentangnya.


Surah Al-Hujurat ayat 12, "Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani."


P/S : Buanglah sikap kadang-kadang, fikirlah perasaan orang, lihatlah dulu keburukan yang ada pada diri kita. Sedang berusaha ke arah itu. InsyaAllah.



"maafkan saya"
Wassalam. Bye :D

Monday 4 February 2013

Permulaan sebelum tudung labuh

Assalamu'alaikum w.b.t...


The first entry on February. Sepanjang bergelar pelajar semester 4 Diploma in Science ni, semakin hari semakin susah untuk dijalani, semakin hari semakin perit untuk dilalui, tapi aku masih gagah untuk menghadapinya. Ingatlah, Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu. 


Cehhh, bermadah plak aku kannnn. Okay, berbalik pada tajuk. Tadi Siti Asiah Che Muhammad (dia suruh aku mention nama dia kat sini, nak cari publisiti katanya :p hamikk kau.) shared link kat facebook pasal Tips awal sebelum tudung labuh, so, aku pon terdetik hati nak buat entry pasal mendalah ni. 






Jum ikuti langkah dibawah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. InsyaAllah. 

  1. Sertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib kat masjid, ceramah-ceramah daripada ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. Kalau takde masa, mungkin kita boleh mendengar ceramah ustaz/ustazah kat Youtube or search google. Banyakkan membaca.
  2. Bersungguh-sungguh dalam memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya.
  3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan mengkaji maknanya.
  4. Apabila hati sudah kuat(untuk berhijrah lillahi taala), perlahan-lahan mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulakan dengan memakai stokin.
  5. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung dan memakai sarung lengan.
  6. Mulakan dengan tidak memakai tudung yang jarang (tudung bawal), kalau nak pakai jugak mungkin boleh dipakai dengan inner neck supaya tidak menampakkan leher kita.
  7. Tudung tersebut pinkan secara lurus, sebab kalau dipinkan silang ke dada kelihatan agak singkat. Boleh jugak kalau nak pinkan silang ke dada, but make sure kena tutup dada lahhh. Hikhikhik :D
  8. Bila dah biasa pakai tudung besar, boleh lah bertukar kepada tudung yang lebih elok dan tidak jarang. Contohnya tudung yang dah siap berjahit yang labuh macam tudung sekolah. Tapi kalau taknak pakai tudung berjahit tu pon boleh jugak. So, pakai lah tudung bidang 60. Yang cecah bahu. 
  9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-3 kena dipraktikkan dengan istiqomah(berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. InsyaAllah, semua langkah ini dapat dipraktikkan dengan mudah jika kita ikhlas.



P/S : Dihati setiap manusia, mesti ada sekelumit rasa ingin berubah ke jalan yang diredhai Allah. InsyaAllah, perbetulkan niat kita dan mulakan dengan benda mudah iaitu jaga perkataan apabila berkata-kata, sentiasa ingat mati, dan jaga pergaulan. 




Orang yang menutup aurat tidak semestinya baik
tetapi orang yang baik semestinya menutup aurat.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Wassalam :D







Wednesday 23 January 2013

Selamat Hari Lahir Rasullulah ^_^

Assalamu'alaikum w.b.t...



Rajinnya aku update belog kan. Aku dah bosan sangat dengan facebook dan twitter, so aku merajinkan diri untuk update belog lah. Seronok lah update belog ni sebenarnya. Heee :D Esok cuti lagi. Cuti 5 hari. Dan esok aku balik Shah Alam. Tapi cuti ni tak seronok sangat sebab joy sakit, so, aku kena jadi bibik dia lah sepanjang dia sakit. Nasib baik makcik. Assignment lagi bertimbun. Cuti ni tak heaven sangat. :( Semester ni mewah sangat dengan cuti. Bulan dua nanti cuti raya cina seminggu. Tapi lepas tu dah takde cuti dah. Dan belajar pon kena high speed. Banyak sangat cuti, so kelas ganti pun banyak jugak. Aduhhhh, merensa lah aku lepas ni.





Hayati hadis dibawah ini :

Dari Amru bin Auf : Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian(sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain , maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikit pun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid'ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka." (0174) Sahih Ibnu Majah

Dari itu, marilah kita mengamalkan sunnah Rasullulah. Okay, kat bawah ni adalah sunnah-sunnah Rasulullah yang paling mudah untuk kita lakukan. Walaupun bukan semua yang kita mampu lakukan, tapi cubalah untuk istiqamah dengan apa yang kita termampu. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian. InsyaAllah :)


  • Bersikat
  • Bersugi
  • Memakai wangi-wangian
  • Tidur menghadap kiblat dengan mengiring sebelah kanan dan tangan kanan letak kat bawah pipi
  • Pabila makan hendaklah berkata-kata yang indah
  • Menginaikan rambut dan kuku
  • Memakai celak
  • Tidur dalam keadaan berwuduk
  • Baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas sebelum tidur
  • Berwudhuk sebelum mandi
  • Baca do'a selepas berwudhuk
  • Menjawab seruan azan
  • Ke Masjid awal
  • Pergi ke masjid berjalan kaki
  • Qiamullail
  • Sembahyang dengan beralas kaki
  • Ucap Alhamdulliah selepas makan
  • Banyak membaca Al-Quran
  • Mendoakan orang yang bersin Yarhamkallah (bagi muslimin) Yarhamkillah (bagi muslimat)
  • Berdo'a ketika hujan turun
  • Menuntut ilmu
  • Menziarahi pesakit
  • Tutup mulut apabila menguap
  • Senyum
  • Menjauhi marah
  • Membunuh cicak
  • Berdo'a ketika mendengar ayam berkokok
  • Minum dalam keadaan duduk

P/S : Semoga kita dapat mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah. Bukannya susah pun. It's easy right? Salam Maulidur Rasul to all muslim around the world.




Menikmati ketenangan dalam ibadah
satu hadiah istimewa daripadaNya
Semoga rasa dalam hati yang tertanam
adalah semata-mata kerana Allah.
InsyaAllah. Wassalam ^_^

Thursday 17 January 2013

WEEKEND kat Kuala Pilah :D

Assalamu'alaikum w.b.t...


Aku pelat, tak bisa bicara seperti kamu, lidahku panjang berbintal-bintal #np at era.fm. Yahhhh, aku bosan duduk kat Kuala Pilah ni. Antara dilema sebagai pelajar UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Yuhuuu, tanya lah semua pelajar kat sini. Majoriti akan cakap benda yang sama. Maybe lecturer pun akan cakap benda yang sama jugak. Hikhikhik over pulak aku ni. Okay, maaf maaf. 



as a S.T.U.D.E.N.T  :)


Tadi quiz kimia alhamdulillah dapat jawab. Tinggal satu soalan pasal reaction alkene. Heee :D Okay, minggu depan full with tests and quizzes. Wahhhh, kau mampu? Hikhikhik. Test 1 kimia, test 1 physics, test 1 statistics, test 1 csc, and quiz 2 physics maybe. Lalalalala. So, the conclusion is aku kena study weekend ni. TAPI ???? *evil laugh*



Yahhh, that's me :)



Bila nak study, buka lappy nak baca slide, tapi apa yang aku buat? Tengok MOVIE. Yuhuuu. Tengok movie lagi best. Tengok slide ngantuk. -.-' Apa nak jadi lah dengan aku ni. Masa new year pasang azam tinggi-tinggi. Belum masuk bulan dua aku dah tak terurus dah. Macam mana nak kahwin ni, diri sendiri tak terurus lagi. Macam mana nak uruskan anak2 dan suami nanti. Eh, tetiba cakap pasal kahwin lak. #Kbai.




Aku letew. Buweksss :p



Okay, benda yang harus dihabiskan masa weekend ni :
  • Mission Impossible 1-4
  • Harry Potter 1-7
  • The Lord of The Ring 1-3
  • Twilight (Eclipse and Newmoon)
  • The Expendables 
  • Doraemon
  • Atashinchi

Eh? Studynya bila? Heee :) Esok test, malam kang study lah. Study last minute, baru namanya aku. Aku tetap aku. Takleh nak jadi orang lain lah. Dah cuba nak jadi rajin, tapi awal sem je menjadi, dah tengah2 sem berterabur semuanya. Aku pun pening.


P/S : Adik-adik kat luar sana, jangan jadi macam akak ni. Akak ni pemalas. Hee :) Tapi takdelah malas sangat actually. Pantun dua kerat ini akak ubahsuaikan untuk adik-adik kat luar sana.

Study hard, study smart,
Don't jahat-jahat, this is my nasihat.



Selamat membaca semua.
Jangan malas-malas study tau
Bye, wassalam :D

Sunday 6 January 2013

You MUST know this !!!

Assalamu'alaikum w.b.t...


Andai diberikan emas permata, ku pilih emas itu(daripada senyuman, baik pilih emas) #np (amboi siap ada hashtag nowplaying lagi tu, kau hade?) Hahaha :D Mood nak karok sepanjang masa. Baru lepas tengok #AJL27 actually. Tu yang mood nak nyanyi datang tetiba. Hikhikhik :D And one more thing, berat aku naik 200 gram. Eh, kbai.


Actually, sangat steghesss hari ni, sebab banyak sangat nak kena hantar esok. Assignment CSC134, tutorial physics, lab report physics and chemistry,  log book chemistry before enter the lab kena siap bendalah tu semua. And Test 1 for chemistry and physics dan quiz 1 for physics. Ohmayyyygoshhh, tak belajar lagi ni. Apa nak jawab nantiiiiiii. Mati lah, mati lah, mati lah. Tak nak fail. Quiz 1 chemistry hari tu dah hancur. Gua sangat pening dengan soalan dia. Wohhh, entah hape2. Lecturer plak garang, mampos aku. Ahhhhhh(nak jerit kuat2).


Aku nak update pasal benda baik sebenarnya. Hikhikhik :D Benda yang kita boleh earn, even after we death. Hahaha :D Nampak macam interesting. Tapi semua mesti dah tahu kan. Saja nak share actually, sebab bosan. And this is the first entry in year 2013.

Jom pergi kelas esok pagi :) Posing jap ^_^



The things that i wanna share are :
  • Kalau tak tahu nak bagi apa masa befday kawan, apa kata bagi Al-Quran. One reads from it, you will gain. Even after you death.
  • Bagi makan kat orang or paling terdekat kawan2 lah. Selagi mana makanan itu menjadi darah daging dia, you will gain. Even after you death.
  • Tanam pokok. Sebab, whenever a person or animal sits in its shade or eats from it, you will gain. Even after you death. 
  • Derma kerusi kat hospital. Sebanyak mana orang guna, sebanyak itu lah yang kita akan dapat. Even after you death.
  • Derma telekung or sejadah kat masjid. Orang guna, you will gain. Even after you death.
  • Dan paling senang, share this message with other people. Even just a copy paste, kalau orang baca dan buat benda ni, you will gain. Even after you death.

Sebenarnya, banyak je lagi cara lain. This is just some part of it ^_^ I just wanna share this. Sebab tetiba terfikir bendalah ni. 



Semoga kita sama2 mendapat kebaikan,
daripada ilmu yang disampaikan.
InsyaAllah. Amin.
Wassalam ^_^ Bye