Kawan-kawan dunia akhirat ^_^

Masa Depan ^^

Monday 30 July 2012

KITA SEMUA PERLU TAHU !!!

Assalamu'alaikum..

LELAKI PERLU INGAT :




Jangan permainkan perasaan perempuan ye wahai lelaki-lelaki kat luar sana :) Kerana wanita diangkat darjatnya oleh ALLAH SWT. Allah mengira setiap titis airmata yang keluar dari mata seorang perempuan. 



Wahai manusia, jangan lah kamu terlalu memilih pasangan yang sangat sempurna dimatamu, kerana Allah amat mengetahui apa yang sesuai bagi hambaNya. Wallahu'alam :)




Dunia adalah di mana tempat kita untuk mencari bekalan untuk di bawa ke akhirat nanti. So, biar terasa PEDAS di dunia agar selamat panasnya API NERAKA. Biar orang perli kita, jangan kita balas balik, sebab sifat berdendam tu adalah BERDOSA.



Semua manusia pasti pernah merasa JATUH CINTA kan ?? Cinta itu adalah fitrah. So, sangat mustahil lah kalau kita tak pernah merasa cinta kat orang lain kan. Aku pun pernah rasa cinta, tapi semuanya cinta duniawi semata. Cinta yang palsu. Kita sekarang mentakrifkan cinta hanyalah sebagai pasangan yang tidak halal antara lelaki dan perempuan yakni COUPLE. 'Indahnya bercinta selepas halal' #UNIC.


Sekadar untuk berkongsi,
Peringatan untuk semua dan diri sendiri.
Wallahu'alam. Assalamu'alaikum.


Sukan Olimpik

Assalamu'alaikum ..

Salam Ramadhan semua. Hari ini kite dah berpuasa selama 10 hari kan kan kan ? Ade x yang xckup 10 hari ? hikhikhik :D mesti ada kan, especially pompan (ABC). hahahaha :D 

Okay malam ni aku nak cite pasal Sukan Olimpik. Mesti ramai yang tengok Pembukaan Sukan Olimpik mase 28 julai hari tu kan? Best x? Best kan. Unik je. Kreatif kan dorg buat mcm tu. Tahu tak disebalik pembukaan tu, ada penghinaan yang tersirat terhadap umat Islam. Japjap, sebelum tu tengok gambar kat bawah ni dulu.




Comel kan gambar yang kat atas tu, macam gambar baby. Memang baby pon :D Tahu x cerita di sebalik gambar ini. Haaaa, mesti nak tahu kan :) Jom kita cerita.

Gambar yang atas : Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.

Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu'alam.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.


Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu'alaikum.







Saturday 28 July 2012

Merinduimu

Assalamu'alaikum
Saya blogger baru. Follow saya bagi yang nak follow, bg yang xnak follow xpe. Hari ni aku nak buat entry aku yang first. Tajuk MERINDUIMU. Mesti korang semua ingat rindu kat pakwe kan? Maaf lahh aku xde pakwe lagi. Aku xlaku mcm korang semua.. Hikhikhik :D

Sebenarnya aku rindu kat family aku kat sabah. Korang mesti xtahu yang aku ni asal Sabah kan. Aku asal sabah. Mak ayah aku org sabah. Tapi aku dah lama tinggal semenanjung. Korang nak tahu x knpe aku pindah semenanjung? Nak tahu kena lahh tunggu entry seterusnya. JengJengJeng.. Hikhikhik :D

Yang aku paling rindu mak aku. Rindu dia sangat. 


Ni lahh mak aku. yang belah kanan tu mak aku. Belah kiri tu kawan dia. Nama mak aku FARHAN BIN JAMAHALI. nak promote jap. hahaha :D

Second adik aku yang dua orang tu. Nak kata kembar, xkembar pon. Tapi dorg berdua ni macam kawan baik. Sayang dorg berdua.


Yang kakak kat belakang, nama dia SITI NURHIDAYAH , yang adik yang kecik tu, nama dia SITI NURFATIHAH. Tgok nama pon dua2 ada siti dan nur. Aku xde. Sebab aku special case, adik beradik pompan aku yang paling cantik, that's why xde siti. hahahaha :D

Orang yang ketiga yang aku rindu sangat, adik aku yang sangat manja.

 Gambar mcm nak bagi kaki je kan. hahaha :D Ni adik aku yang ke 6. Nama dia pon ada siti jugak. SITI WARDAH. Umur dia sekarang 3tahun. Dah besar dah dia kan. Aku jumpe dia last mase umur dia baru setahun lebih. xpandai cakap lagi. Sekarang ni, asal aku call mak aku je mesti dia nak cakap. Ngengade. :P

Ada lagi sorg adik aku yang aku sangat2 nak jumpe. Tak pernah jumpe lagi. Sebab masa dia lahir aku xde kat sabah. Umur dia sekarang baru nak masuk 4 bulan. Baby lagi. Malangnye aku xde gambar dia. Macam mana agaknye muka dia ye. Cantik mcm aku x? haha. Mesti cantik sebab nama dia xde siti. Nama dia RAUDHAH je. Simple like me. 

Adik aku sebenarnye ada 7 org. Aku anak pertama. So, adik beradik aku semuanya 8 org. Adik aku yang lelaki, aku xrindu sangat, kecuali adik bawah aku. Umur 18 tahun. Belajar kat Politeknik Kota Melaka. Nama dia MOHD ASRIH. Ni orangnye.


Ni je gambar dia yang aku ada. Ramai orang cakap dia ni hensem. Hensem ke? Seriously aku cakap, xhensem langsung. haha :D dia ni dah berpunya ke belom aku pon xtahu. Tapi dia ada crush. Dia ni nak kata playboy, tak. Sebab dia xsuka layan pompan. Bila dah suka tu, dia akan suka dgn pompan tu je, unless pompan tu xsuke dia or xlayan dia, nnt dia cuba lahh lupakan. Hahaha.. Aku sayang dia sangat. Dia ni lahh yang paling rapat dengan aku. 

Adik aku yang second nama dia AL-SAHID, umur dia 13 tahun, form 1. Yang third MOHAMED NADZMI,  umur dia ni plak 10tahun, darjah 4. Besar dah dorang kan. Pelik2 kan nama kitorang. hahaaha ..Yang dua orang ni aku xde gambar dorg. Klu dorg tahu, mesti dorg kecik hati sbb aku xletak gmbar dorg. Maaf la ye adik2 ku.

Okay lah, That's all for this entry. Saja nak berkongsi. Bila dah update entry ni, terubat pulak rasa rindu dengan dorang semua. Miss them all. I LOVE YOU ALL.. 


Family adalah segalanya bagi aku.
Sayang lahh family anda selagi masih hidup.
Bye, Assalamu'alaikum :)