Kawan-kawan dunia akhirat ^_^

Masa Depan ^^

Sunday, 6 January 2013

You MUST know this !!!

Assalamu'alaikum w.b.t...


Andai diberikan emas permata, ku pilih emas itu(daripada senyuman, baik pilih emas) #np (amboi siap ada hashtag nowplaying lagi tu, kau hade?) Hahaha :D Mood nak karok sepanjang masa. Baru lepas tengok #AJL27 actually. Tu yang mood nak nyanyi datang tetiba. Hikhikhik :D And one more thing, berat aku naik 200 gram. Eh, kbai.


Actually, sangat steghesss hari ni, sebab banyak sangat nak kena hantar esok. Assignment CSC134, tutorial physics, lab report physics and chemistry,  log book chemistry before enter the lab kena siap bendalah tu semua. And Test 1 for chemistry and physics dan quiz 1 for physics. Ohmayyyygoshhh, tak belajar lagi ni. Apa nak jawab nantiiiiiii. Mati lah, mati lah, mati lah. Tak nak fail. Quiz 1 chemistry hari tu dah hancur. Gua sangat pening dengan soalan dia. Wohhh, entah hape2. Lecturer plak garang, mampos aku. Ahhhhhh(nak jerit kuat2).


Aku nak update pasal benda baik sebenarnya. Hikhikhik :D Benda yang kita boleh earn, even after we death. Hahaha :D Nampak macam interesting. Tapi semua mesti dah tahu kan. Saja nak share actually, sebab bosan. And this is the first entry in year 2013.

Jom pergi kelas esok pagi :) Posing jap ^_^



The things that i wanna share are :
  • Kalau tak tahu nak bagi apa masa befday kawan, apa kata bagi Al-Quran. One reads from it, you will gain. Even after you death.
  • Bagi makan kat orang or paling terdekat kawan2 lah. Selagi mana makanan itu menjadi darah daging dia, you will gain. Even after you death.
  • Tanam pokok. Sebab, whenever a person or animal sits in its shade or eats from it, you will gain. Even after you death. 
  • Derma kerusi kat hospital. Sebanyak mana orang guna, sebanyak itu lah yang kita akan dapat. Even after you death.
  • Derma telekung or sejadah kat masjid. Orang guna, you will gain. Even after you death.
  • Dan paling senang, share this message with other people. Even just a copy paste, kalau orang baca dan buat benda ni, you will gain. Even after you death.

Sebenarnya, banyak je lagi cara lain. This is just some part of it ^_^ I just wanna share this. Sebab tetiba terfikir bendalah ni. 



Semoga kita sama2 mendapat kebaikan,
daripada ilmu yang disampaikan.
InsyaAllah. Amin.
Wassalam ^_^ Bye


Monday, 31 December 2012

Muhasabah diri

Assalamu'alaikum w.b.t...


Belog, belog, belog. Suka pulak aku update belog. Hari ini dah 31 disember. Hari terakhir pada tahun 2012. Esok dah 2013. Lusa, semua budak sekolah dah start sekolah. Aku pulak? Umur dah meningkat setahun, dah takde belas2 dah. Dah doploh dah. Dah lama dah aku hidup kat dunia ni. Tak sangka aku dah besar, rasa macam baru je lahir semalam. Hahaha :D Over pulak, umur dah doploh, feeling baru lahir semalam pulak. Hahahahahaha :D




Bila tibanya tahun baru, masing-masing sebok nak tukar azam baru. Tapi kebanyakan di antara kita selalu terlupa untuk muhasabah semula apa yang kita dah pernah buat sebelum-sebelum ni. Tetiba terdetik nak update pasal mendalah ni. Rasa bahu belah kiri ni dah berat sangat berbanding kanan. Haha :D Faham2 lahhh. Seperti yang dikatakan oleh Umar Al-Khattab:

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbang untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini."



Muhasabah adalah mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi penghalang untuk mendapat keredhaan Allah Ta'ala. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :

"Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan yang banyak." (Riwayat Al-Tarmizi)

Kelebihan bermuhasabah :

  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu kekurangan itu dapatlah diperbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggalkan semua kesalahan yang dah lepas.
  3. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di akhirat kelak.




Telah bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan ianya boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:
  1. Akal boleh hilang disebabkan marah
  2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
  3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
  4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."
Berkata  As-Sayyid Ahmad Ar-Rifaie :

"Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa bersama Allah Ta'ala." (Kitab: Al-Burhan Al-Muayyad)





Maka, dikesempatan ini, penulis menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan seterusnya kepada semua paembaca-pembaca yang diredhai Allah sekalian, agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari semasa ke semasa agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita lebih-lebih lagi dalam mengerjakan ibadah kepada Allah. Cehhh, ayat macam ayat pengetua sekolah aku berucap lak. Hahaha :D



p/s : Selamat bersekolah kepada semua yang masih bersekolah :) Pada candidate SPM 2013, do the best, make sure straight A dalam genggaman. Hee :) Pada budak Form 4 pulak, jangan berhoney moon sangat tahun ni, prepare untuk SPM tahun 2014 nanti.




Semoga hari ini lebih baik daripada yang sebelum2 ni.
Setiap hari adalah the new chapter in our life,
Mulakan dengan Bismillah, sudahi dengan Alhamdulillah.
Wallahu'alam. Assalamu'alaikum :)