Kawan-kawan dunia akhirat ^_^

Masa Depan ^^

Tuesday, 25 December 2012

S A B A R

Assalamu'alaikum w.b.t...


Tajuk entry kali ni S A B A R. Sabar menurut Islam bermaksud tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi oleh manusia serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak pernah mengenal putus asa. Konteks sabar ni sangat besar, ia boleh jadi, sabar dalam beribadah kepada Allah, sabar dalam menempuh ujian hidup yang diberikan Allah kepada kita, sabar dalam menanti siapa jodoh kita, haha :D Mesti semua pernah merasa tertanya siapa yang bakal menjadi suami/isteri kepada kita kelak? Yang bakal memimpin kita(bagi si isteri) nanti? Yang bakal menjadi ketua keluarga(bagi si isteri) kita nanti? Semua tu adalah rahsia Allah. Mengungkap perkataan sabar di bibir terlalu mudah untuk dilakukan berbanding melakukannya secara zahir.






Menanti jodoh yang tak pasti. Pada usia remaja, mesti korang pernah bercinta kan? Dan masa tu, belom kahwin lagi dah guna title 'mama papa', 'bie sayang', 'baby girl baby boy', 'gegurl boboy', 'daddy mummy', huhhh macam2 budak sekarang ni kan. Haha, masa tu korang mesti ingat dia lah jodoh korang, dia lah yang akan jadi mak/ayah kepada anak2 korang, n macam2 lahh. Masa bercinta kalah suami isteri, bila dah putus ada lah yang terasa diri tak berharga dan bunuh diri. Remaja sekarang pemikiran sungguh cetek.


Ya betul, jodoh memang di tangan Allah. Tapi Allah tidak pernah menyuruh kita untuk berdiam diri dan hanya mengharapkan qada' dan qadarnya. Allah menyuruh kita untuk mencari, dan bila dah jumpa, kalau rasa dia yang terbaik untuk kita, berdoa lah. Mintak dijodohkan dengan dia. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Mengetahui. Kekuatan doa ialah, ianya boleh merubah takdir dengan izinNya. 


InsyaAllah, berkat kesabaran kita selama ini akan membuahkan hasil yang lumayan kelak, sama ada di dunia mahupun akhirat nanti :) Ini dapat dihayati dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

"Hai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan lah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung". (QS Ali Imran: 200)



p/s :  Selagi boleh bersabar teruskan bersabar. Jangan ikutkan hati, nanti merana. Kalau kecewa, set kat mind kita yang Allah ada sediakan yang terbaik untuk kita. Sentiasa bersangka baik terhadap Allah :)




Peringatan kepada semua dan diri sendiri.
Semoga entry ini dapat membantu :D
Maaf jika ada yang terkurang,
manusia tidak lari drpd melakukan kesalahan :D
Sekian, Wassalam :)




No comments:

Post a Comment