Kawan-kawan dunia akhirat ^_^

Masa Depan ^^

Thursday, 27 December 2012

Annisa Alwasi My Little Cuzie

Assalamu'alaikum w.b.t..


Rajin aku update belog sekarang ni. Tengah cuti kan, lepas ni belog ni pasti bersawang ditinggalkan sebab busy belajar. Haha :D Ye ke? Entah2 semakin rajin aku menghupdatekan bendalah ni. Okay, back to my title. Tetiba je rasa nak hupdate pasal budak sengal ni. Malam ni aku tak tido lagi. Tapi malam ni berbeza daripada malam yang sebelum ni, sebab malam ni Nisa teman aku. Dia pon tak tidur jugak. Haha :D Kami tikus besar dalam rumah ni, sebab setiap malam je, kami akan menyelongkar dapur, mencari benda yang boleh di makan. Sebab tu kalau kat johor berat aku mesti bertambah. Hahaha :D


Nisa ni sepupu aku merangkap kawan baik tempat meluah, tempat melepaskan geram, tempat susah, tempat senang and macam-macam lah. Sayang dia, tapi kengkadang geram jugak dengan dia ni, sebab dia ni lampi, macam terencat pun ada jugak. Nisa ni cepat terpengaruh. Hope dia selalu dapat kawan yang baik-baik. 


Us :) Yang suka merapuh entah hape2.


Kami suka fikir benda yang tak pernah berlaku. Means masa depan lahh. Kami bila dah jumpa memang sangat gila, sampaikan mak dia pun penat nak cakap dah. Biar jelah. Kalau keluar pagi balik mesti malam. Hahaha :D Today nak bawak dia pergi makan, sebab dah janji kat dia untuk result PMR dia. She got 5A3B. Okay lahh :) I'm proud of you. Kami mempunyai banyak citarasa yang sama, suka makan telur, tak suka makan sayur, tak suka makan bawang, dan macam2 lagi lah. Kalau dengan Nisa ni mesti nak makan je. Budak ni tahun ni dah Form 4, tapi badan kecik sangat. Macam tak percaya je dia dah Form 4. Dulu masa aku datang Johor dia baru darjah 5, sekarang dah form 4. Wahhh, cepat je masa berlalu kan.


p/s : Annisa gilak, aku sayang kau bongok. Aku tahu kau pon sayang aku kan. Kembang letew. Buweksss :p Belajar rajin2, make your mom proud of you. Buktikan walaupun kau ni sengal2 tapi kau boleh buat. I know u can do it. Don't never give up. :)




Walaupun hanya cousin,
tapi kami rapat macam adik-beradik.
Sekadar nak berkongsi.
Bye. Wassalam :D

Tuesday, 25 December 2012

S A B A R

Assalamu'alaikum w.b.t...


Tajuk entry kali ni S A B A R. Sabar menurut Islam bermaksud tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi oleh manusia serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak pernah mengenal putus asa. Konteks sabar ni sangat besar, ia boleh jadi, sabar dalam beribadah kepada Allah, sabar dalam menempuh ujian hidup yang diberikan Allah kepada kita, sabar dalam menanti siapa jodoh kita, haha :D Mesti semua pernah merasa tertanya siapa yang bakal menjadi suami/isteri kepada kita kelak? Yang bakal memimpin kita(bagi si isteri) nanti? Yang bakal menjadi ketua keluarga(bagi si isteri) kita nanti? Semua tu adalah rahsia Allah. Mengungkap perkataan sabar di bibir terlalu mudah untuk dilakukan berbanding melakukannya secara zahir.






Menanti jodoh yang tak pasti. Pada usia remaja, mesti korang pernah bercinta kan? Dan masa tu, belom kahwin lagi dah guna title 'mama papa', 'bie sayang', 'baby girl baby boy', 'gegurl boboy', 'daddy mummy', huhhh macam2 budak sekarang ni kan. Haha, masa tu korang mesti ingat dia lah jodoh korang, dia lah yang akan jadi mak/ayah kepada anak2 korang, n macam2 lahh. Masa bercinta kalah suami isteri, bila dah putus ada lah yang terasa diri tak berharga dan bunuh diri. Remaja sekarang pemikiran sungguh cetek.


Ya betul, jodoh memang di tangan Allah. Tapi Allah tidak pernah menyuruh kita untuk berdiam diri dan hanya mengharapkan qada' dan qadarnya. Allah menyuruh kita untuk mencari, dan bila dah jumpa, kalau rasa dia yang terbaik untuk kita, berdoa lah. Mintak dijodohkan dengan dia. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Mengetahui. Kekuatan doa ialah, ianya boleh merubah takdir dengan izinNya. 


InsyaAllah, berkat kesabaran kita selama ini akan membuahkan hasil yang lumayan kelak, sama ada di dunia mahupun akhirat nanti :) Ini dapat dihayati dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

"Hai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan lah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung". (QS Ali Imran: 200)



p/s :  Selagi boleh bersabar teruskan bersabar. Jangan ikutkan hati, nanti merana. Kalau kecewa, set kat mind kita yang Allah ada sediakan yang terbaik untuk kita. Sentiasa bersangka baik terhadap Allah :)




Peringatan kepada semua dan diri sendiri.
Semoga entry ini dapat membantu :D
Maaf jika ada yang terkurang,
manusia tidak lari drpd melakukan kesalahan :D
Sekian, Wassalam :)