Kawan-kawan dunia akhirat ^_^

Masa Depan ^^

Monday, 11 February 2013

#Wordless#

Assalamu'alaikum w.b.t...


Kadang-kadang aku kuat, kadang-kadang aku lemah, kadang-kadang aku di atas, kadang-kadang aku di bawah, kadang-kadang aku menang, kadang-kadang aku kalah, kadang-kadang aku gembira, kadang-kadang aku sedih, kadang-kadang aku cepat menyerah kalah, kadang-kadang aku tak nak mengalah, kadang-kadang aku baik, kadang-kadang aku jahat, kadang-kadang aku dengar cakap, kadang-kadang aku keras kepala. 


Kadang-kadang kita lupa yang manusia punya hati,kadang-kadang kita lupa yang manusia mudah disakiti, kadang-kadang kita lupa yang luka manusia sukar diubati. Kerana kadang-kadang inilah yang menyebabkan kita suka menyakiti, kita suka menindasi, kita alpa dengan perkara yang hakiki, kita alpa dengan percaturan yang Allah bagi.


Kadang-kadang kita rasa berada di tempat yang sebetulnya, kadang-kadang kita sudah cuba yang terbaik untuk semuanya, kadang-kadang kita rasa yang kita lebih tahu segalanya. Kerana kadang-kadang inilah yang menyebabkan kita menutup peluang orang lain berbicara, kita menyekat telinga kita untuk mendengar penjelasan yang sebenarnya, kita menghalang minda kita untuk berfikir perkara yang baik tentangnya.


Surah Al-Hujurat ayat 12, "Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani."


P/S : Buanglah sikap kadang-kadang, fikirlah perasaan orang, lihatlah dulu keburukan yang ada pada diri kita. Sedang berusaha ke arah itu. InsyaAllah.



"maafkan saya"
Wassalam. Bye :D

Monday, 4 February 2013

Permulaan sebelum tudung labuh

Assalamu'alaikum w.b.t...


The first entry on February. Sepanjang bergelar pelajar semester 4 Diploma in Science ni, semakin hari semakin susah untuk dijalani, semakin hari semakin perit untuk dilalui, tapi aku masih gagah untuk menghadapinya. Ingatlah, Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu. 


Cehhh, bermadah plak aku kannnn. Okay, berbalik pada tajuk. Tadi Siti Asiah Che Muhammad (dia suruh aku mention nama dia kat sini, nak cari publisiti katanya :p hamikk kau.) shared link kat facebook pasal Tips awal sebelum tudung labuh, so, aku pon terdetik hati nak buat entry pasal mendalah ni. 






Jum ikuti langkah dibawah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. InsyaAllah. 

  1. Sertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib kat masjid, ceramah-ceramah daripada ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. Kalau takde masa, mungkin kita boleh mendengar ceramah ustaz/ustazah kat Youtube or search google. Banyakkan membaca.
  2. Bersungguh-sungguh dalam memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya.
  3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan mengkaji maknanya.
  4. Apabila hati sudah kuat(untuk berhijrah lillahi taala), perlahan-lahan mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulakan dengan memakai stokin.
  5. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung dan memakai sarung lengan.
  6. Mulakan dengan tidak memakai tudung yang jarang (tudung bawal), kalau nak pakai jugak mungkin boleh dipakai dengan inner neck supaya tidak menampakkan leher kita.
  7. Tudung tersebut pinkan secara lurus, sebab kalau dipinkan silang ke dada kelihatan agak singkat. Boleh jugak kalau nak pinkan silang ke dada, but make sure kena tutup dada lahhh. Hikhikhik :D
  8. Bila dah biasa pakai tudung besar, boleh lah bertukar kepada tudung yang lebih elok dan tidak jarang. Contohnya tudung yang dah siap berjahit yang labuh macam tudung sekolah. Tapi kalau taknak pakai tudung berjahit tu pon boleh jugak. So, pakai lah tudung bidang 60. Yang cecah bahu. 
  9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-3 kena dipraktikkan dengan istiqomah(berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. InsyaAllah, semua langkah ini dapat dipraktikkan dengan mudah jika kita ikhlas.



P/S : Dihati setiap manusia, mesti ada sekelumit rasa ingin berubah ke jalan yang diredhai Allah. InsyaAllah, perbetulkan niat kita dan mulakan dengan benda mudah iaitu jaga perkataan apabila berkata-kata, sentiasa ingat mati, dan jaga pergaulan. 




Orang yang menutup aurat tidak semestinya baik
tetapi orang yang baik semestinya menutup aurat.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Wassalam :D