Assalamu'alaikum w.b.t...
The first entry on February. Sepanjang bergelar pelajar semester 4 Diploma in Science ni, semakin hari semakin susah untuk dijalani, semakin hari semakin perit untuk dilalui, tapi aku masih gagah untuk menghadapinya. Ingatlah, Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu.
Cehhh, bermadah plak aku kannnn. Okay, berbalik pada tajuk. Tadi Siti Asiah Che Muhammad (dia suruh aku mention nama dia kat sini, nak cari publisiti katanya :p hamikk kau.) shared link kat facebook pasal Tips awal sebelum tudung labuh, so, aku pon terdetik hati nak buat entry pasal mendalah ni.
Jum ikuti langkah dibawah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. InsyaAllah.
- Sertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib kat masjid, ceramah-ceramah daripada ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. Kalau takde masa, mungkin kita boleh mendengar ceramah ustaz/ustazah kat Youtube or search google. Banyakkan membaca.
- Bersungguh-sungguh dalam memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya.
- Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan mengkaji maknanya.
- Apabila hati sudah kuat(untuk berhijrah lillahi taala), perlahan-lahan mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulakan dengan memakai stokin.
- Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung dan memakai sarung lengan.
- Mulakan dengan tidak memakai tudung yang jarang (tudung bawal), kalau nak pakai jugak mungkin boleh dipakai dengan inner neck supaya tidak menampakkan leher kita.
- Tudung tersebut pinkan secara lurus, sebab kalau dipinkan silang ke dada kelihatan agak singkat. Boleh jugak kalau nak pinkan silang ke dada, but make sure kena tutup dada lahhh. Hikhikhik :D
- Bila dah biasa pakai tudung besar, boleh lah bertukar kepada tudung yang lebih elok dan tidak jarang. Contohnya tudung yang dah siap berjahit yang labuh macam tudung sekolah. Tapi kalau taknak pakai tudung berjahit tu pon boleh jugak. So, pakai lah tudung bidang 60. Yang cecah bahu.
- Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-3 kena dipraktikkan dengan istiqomah(berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. InsyaAllah, semua langkah ini dapat dipraktikkan dengan mudah jika kita ikhlas.
P/S : Dihati setiap manusia, mesti ada sekelumit rasa ingin berubah ke jalan yang diredhai Allah. InsyaAllah, perbetulkan niat kita dan mulakan dengan benda mudah iaitu jaga perkataan apabila berkata-kata, sentiasa ingat mati, dan jaga pergaulan.
Orang yang menutup aurat tidak semestinya baik
tetapi orang yang baik semestinya menutup aurat.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Wassalam :D
No comments:
Post a Comment