Kawan-kawan dunia akhirat ^_^

Masa Depan ^^

Wednesday 23 January 2013

Selamat Hari Lahir Rasullulah ^_^

Assalamu'alaikum w.b.t...



Rajinnya aku update belog kan. Aku dah bosan sangat dengan facebook dan twitter, so aku merajinkan diri untuk update belog lah. Seronok lah update belog ni sebenarnya. Heee :D Esok cuti lagi. Cuti 5 hari. Dan esok aku balik Shah Alam. Tapi cuti ni tak seronok sangat sebab joy sakit, so, aku kena jadi bibik dia lah sepanjang dia sakit. Nasib baik makcik. Assignment lagi bertimbun. Cuti ni tak heaven sangat. :( Semester ni mewah sangat dengan cuti. Bulan dua nanti cuti raya cina seminggu. Tapi lepas tu dah takde cuti dah. Dan belajar pon kena high speed. Banyak sangat cuti, so kelas ganti pun banyak jugak. Aduhhhh, merensa lah aku lepas ni.





Hayati hadis dibawah ini :

Dari Amru bin Auf : Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian(sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain , maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikit pun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid'ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka." (0174) Sahih Ibnu Majah

Dari itu, marilah kita mengamalkan sunnah Rasullulah. Okay, kat bawah ni adalah sunnah-sunnah Rasulullah yang paling mudah untuk kita lakukan. Walaupun bukan semua yang kita mampu lakukan, tapi cubalah untuk istiqamah dengan apa yang kita termampu. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian. InsyaAllah :)


  • Bersikat
  • Bersugi
  • Memakai wangi-wangian
  • Tidur menghadap kiblat dengan mengiring sebelah kanan dan tangan kanan letak kat bawah pipi
  • Pabila makan hendaklah berkata-kata yang indah
  • Menginaikan rambut dan kuku
  • Memakai celak
  • Tidur dalam keadaan berwuduk
  • Baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas sebelum tidur
  • Berwudhuk sebelum mandi
  • Baca do'a selepas berwudhuk
  • Menjawab seruan azan
  • Ke Masjid awal
  • Pergi ke masjid berjalan kaki
  • Qiamullail
  • Sembahyang dengan beralas kaki
  • Ucap Alhamdulliah selepas makan
  • Banyak membaca Al-Quran
  • Mendoakan orang yang bersin Yarhamkallah (bagi muslimin) Yarhamkillah (bagi muslimat)
  • Berdo'a ketika hujan turun
  • Menuntut ilmu
  • Menziarahi pesakit
  • Tutup mulut apabila menguap
  • Senyum
  • Menjauhi marah
  • Membunuh cicak
  • Berdo'a ketika mendengar ayam berkokok
  • Minum dalam keadaan duduk

P/S : Semoga kita dapat mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah. Bukannya susah pun. It's easy right? Salam Maulidur Rasul to all muslim around the world.




Menikmati ketenangan dalam ibadah
satu hadiah istimewa daripadaNya
Semoga rasa dalam hati yang tertanam
adalah semata-mata kerana Allah.
InsyaAllah. Wassalam ^_^

2 comments: